Sunday, 8 November 2020

Muat Turun Toolkit PdP KBAT 2020 Terbitan KPM

Toolkit PdP KBAT adalah manual pelaksanaan yang lengkap bagi sekolah untuk membudayakan KBAT dalam PdP. 


Ia diwujudkan bagi memenuhi keperluan guru dalam merancang dan melaksanakan PdP berteraskan KBAT melalui inisiatif #20 PPPM: Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pembelajaran Abad ke-21.


Toolkit ini mengandungi himpunan bahan-bahan aktiviti PdP berpusatkan murid, video strategi KBAT dalam PdP, contoh rancangan pengajaran harian (RPH) berteraskan KBAT, contoh item pentaksiran yang mempunyai elemen KBAT, buku rujukan yang berkaitan dengan PdP yang merangsang KBAT, serta bahan rujukan Program i-THINK


Himpunan bahan-bahan ini diharap dapat memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru supaya lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan PdP dan seterusnya merangsang pembelajaran murid dalam kemahiran berfikir ke arah mencetuskan pengalaman pembelajaran lebih menarik dan bermakna.


Toolkit PdP KBAT ini diterbitkan supaya guru dapat mengakses pelbagai sumber yang terdapat dalam toolkit dengan mudah dan cepat secara sistematik. 


Bahan yang terdapat dalam toolkit ini dapat membudayakan guru mengamalkan KBAT dalam PdP mereka. Toolkit ini juga boleh diakses melalui Internet menggunakan komputer atau telefon pintar. Ini menjadikan bahan toolkit mudah dicapai pada bila-bila masa dan di mana saja asalkan terdapat kemudahan capaian Internet.



Antara kandungan Toolkit ini termasuklah:

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon