Wednesday, 4 November 2020

PKPB: 56 sekolah di Barat Daya Pulau Pinang ditutup

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu kenyataan media mengumumkan penutupan semua institusi pendidikan di daerah Barat Daya, Pulau Pinang bermula 6 November 2020 hingga 20 November 2020.


Ini berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di daerah berkenaan yang juga telah disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


"Selaras dengan perutusan khas YAB Perdana Menteri pada 6 Oktober 2020 berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan-kawasan yang disahkan oleh KKM, KPM memaklumkan bahawa semua institusi pendidikan di kawasan zon merah di daerah Barat Daya, Pulau Pinang akan ditutup bermula 6 sehingga 20 November 2020," katanya.


Keputusan ini melibatkan 56 institusi pendidikan seluruh daerah Barat Daya, Pulau Pinang merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Kolej Vokasional serta sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian tersebut.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon