Tuesday, 10 November 2020

PKPB boleh ditamatkan dalam 2 minggu sahaja, jika... - Dr Noor Hisham



Itu adalah apa yang dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian KKM yang berlangsung pada Isnin.


Menurutnya, tempoh pelaksanaan PKPB di negeri-negeri terbabit boleh dipendekkan sekiranya lekuk penularan Covid-19 dapat diratakan.


Justeru itu, sekiranya ia dapat diratakan, tempoh PKPB boleh ditamatkan dalam masa dua minggu sahaja.


“Kalau kita dapat meratakan lekuk, mungkin dalam dua minggu boleh tamatkan PKPB walaupun jangkaan adalah empat minggu”


Petanda positif


Beliau juga memaklumkan, KKM melihat adanya tanda positif terhadap kadar jangkitan yang dilihat semakin menurun termasuklah kes di Sabah yang kini menurun kepada 370 kes setakat ini.


Bagaimanapun, beliau sempat mengingatkan semua pihak agar patuh terhadap saranan kerajaan dan nasihat KKM untuk terus duduk di rumah kerana ia berupaya mengurangkan kadar jangkitan.


Sumber : BH Online


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon