Sunday, 8 November 2020

PKPB: Semua murid MRSM terlibat dibenar pulang ke rumah


KUALA LUMPUR: Berikutan pengumuman kerajaan yang mewartakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan semua murid MRSM dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.


Menurut satu kenyataan melalui laman Facebook rasminya, MARA memaklumkan murid-murid ini dibenarkan pulang pada 8 November 2020 bermula jam 8.30 pagi dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan secara dalam talian.


"Semua pelajar dibenarkan pulang, kecuali pelajar yang mengambil peperiksaan IGCSE yang akan tamat pada 17 November 2020. Hanya ibu bapa dibenarkan mengambil anak masing-masing dan bagi murid yang tidak pulang, mereka akan kekal di maktab dan segala urusan serta kebajikan akan diselia oleh Pengurusan atau warden," katanya.


Peperiksaan SPMRSM pula akan ditangguh untuk semua MRSM kecuali MRSM di Perlis, Pahang dan Kelantan.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon