Friday, 18 December 2020

Ibu berang guru tutup mulut anak dengan pita perekat

Imej hiasan

Seorang wanita di New Zealand telah bertindak menghalang anaknya ke sekolah kerana mendakwa bahawa seorang guru di sekolah itu telah menutup mulut anaknya menggunakan pita pelekat kerana dikatakan bergosip di dalam kelas, lapor Daily Star.


Pelajar sekolah yang berusia tujuh tahun itu difahamkan telah terlepas persekolahan selama dua minggu kerana terlalu takut untuk kembali ke kelasnya.


Menurut ibu kepada kanak-kanak itu, anaknya adalah merupakan salah seorang daripada yang ditutupkan mulut menggunakan pita pelekat kerana terlalu banyak bercakap.

Colwill School, New Zealand

Rob Taylor, pengetua Colwill School di Auckland Barat, New Zealand mengesahkan kejadian itu selepas melakukan siasatan.

Sepucuk surat yang dikongsikan oleh Stuff.com dilaporkan menyatakan: “Siasatan secara telus dan teliti akhirnya dapat diselesaikan kelmarin selepas ibu bapa kanak-kanak ini ditemu ramah.


“Perkara ini memerlukan masa, berdasarkan kehadiran orang-orang yang terlibat untuk bertemu dengan kami.


“Semua kanak-kanak yang terlibat dan ibu bapa mereka kini telah ditemu ramah oleh Pekerja Sosial sekolah yang memberitahu saya bahawa perspektif (kakitangan) berkenaan perkara ini adalah ianya hanyalah suatu permainan yang disukai oleh kanak-kanak.”


Penjelasan itu tidak dapat diterima baik oleh wanita berkenaan, dan dia menyatakan bahawa pihak sekolah enggan meminta maaf secara peribadi berkenaan kejadian yang berlaku pada 25 November yang lalu itu.


Menurut Stuff, dia hanya mendapat tahu mengenai kejadian pita itu melalui anak perempuannya kerana anaknya terlalu malu untuk memberitahunya.


“Dia agak bimbang untuk memberitahu saya kerana dia fikir dia bakal berdepan dengan masalah,” katanya.


Menurut sekolah itu, polis telah dipanggil untuk menyiasat dan guru tersebut pun sudah meminta maaf kerana ‘menyebabkan kemarahan’.


Dalam surat Taylor, guru itu berkata: “Saya sangat kesal dengan apa yang telah berlaku dan sangat menyesal kepada (pelajar) dan (ibu bapanya) kerana telah menimbulkan kemarahan pada keluarga anda.”


Sumber: Daily Star


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon