Wednesday, 9 December 2020

Kes sumbang mahram meningkat 100% ketika PKP

MELAKA: Jumlah kes sumbang mahram yang tinggi dilaporkan di negeri ini dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) amat membimbangkan, kata ketua bahagian siasatan jenayah negeri, Asst Comm Mohd Sukri Kaman. 


Kes yang direkodkan dalam tempoh tersebut menyaksikan peningkatan hampir 100% berbanding tahun-tahun sebelumnya, dan kebanyakannya berlaku di kawasan luar bandar. 


"Mangsa kebanyakannya adalah gadis di bawah umur," katanya dalam temu bual bersama akhbar The Star. 


"Bukan mudah untuk mangsa membuat aduan dan laporan berikutan hubungan keluarga" kata ACP Mohd Sukri. 


Walaupun semua kes telah diselesaikan, ACP Mohd Sukri mengatakan dia bersedia bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk membuat program kesedaran, sambil menambah bahawa kebanyakan kes tersebut  melibatkan ayah tiri. 


Dia turut menyatakan terdapat kurang laporan daripada kawasan bandar, dan ini mungkin disebabkan oleh keengganan mangsa untuk melihat ahli keluarganya dipenjara atau untuk menjaga reputasi keluarga. 


Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengucapkan terima kasih kepada polis kerana bertindak pantas terhadap kes yang dilaporkan. 


Katanya, perkara itu akan dibincangkan dengan anggota majlis eksekutif yang bertanggungjawab terhadap wanita dan keluarga. 


Sulaiman menggesa anggota keluarga yang mengetahui apa yang berlaku - tetapi tidak membuat laporan kerana takut kehilangan pencari nafkah - harus menyedari bahawa mereka terikat dengan undang-undang untuk melaporkannya kepada polis.


Kegagalan memberitahu polis mengenai jenayah atau niat mana-mana orang untuk melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak boleh dihukum di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak. 


Seksyen 19 Akta tersebut menyatakan bahawa sesiapa yang disabitkan kerana tidak memaklumkan kepada polis melakukan kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000. 

"Peranan masyarakat, termasuk ibu bapa, dalam melaporkan kes seperti itu sangat mustahak untuk memastikan mangsa tidak menderita dalam diam," kata Sulaiman.


Sumber: The Star


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon