Thursday, 17 December 2020

Lim Guan Eng cadang ahli Parlimen disuntik vaksin terlebih dahulu sebelum rakyat

Pada hari ini, perihal berkaitan bekalan Vaksin Covid-19 antara tumpuan pada hari terkahir persidangan di Dewan Rakyat.


Berikutan dengan itu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan semua Ahli Parlimen menerima suntikan vaksin Covid-19 terlebih dahulu sebelum ia diberikan kepada rakyat.

Menurut di laman Twitternya, cadangan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bagan tersebut agar ahli parlimen mendapatkan vaksin terlebih dahulu adalah untuk memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa vaksin Covid-29 selamat digunakan akan dipertimbangkan.


Hal ini kerana terdapat dua pemikiran masyarakat iaitu pertama adalah mereka yang ragu-ragu pada mulanya akan menerima vaksin tersebut sekiranya tidak membawa masalah kepada ahli parlimen tersebut.


Kedua, ada sesetengah masyarakat yang yakin dan mereka inginkan keutamaan kepada orang lain terlebih dahulu barulah vaksin ini diberikan kepada ahli parlimen.


Jadi, beliau bersama-sama Menteri Kesihatan Malaysia akan mengkaji dan membuat cadangan mengenai kumpulan yang akan diutamakan untuk mendapatkan vaksi berdasarkan penilain risiko.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon