Tuesday, 8 December 2020

Murid dibenarkan pakai kasut putih ke sekolah bermula tahun 2021 - KPM

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini membenarkan semua murid sekolah memakai kasut dan stoking hitam atau putih bermula sesi persekolah tahun hadapan.


KPM melalui satu Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2020 yang dimuatnaik di laman web rasminya memaklumkan semua murid dibenarkan untuk memilih sama ada memakai kasut berwarna hitam atau berwarna putih serta stoking mengikut warna kasut yang dipakai.


"Peraturan pemakaian kasut murid sekolah menengah dan rendah bermula sesi persekolahan tahun 2021 adalah kasut berwarna hitam hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna hitam, manakala kasut putih bersama stoking berwarna putih," jelas surat pekeliling tersebut.


"Kasut adalah yang diperbuat daripada kanvas atau daripada bahan sintetik lain seperti nylon dan plyster yang mempunya daya resap dan penyaluran gerak udara dengan mengambil kira faktor keselesaan, keseleamatan dan kesihatan (3s)," tambahnya lagi.


Surat pekeliling tersebut berkuat kuasa serta merta dan surat pekeliling sebelum ini berkenaan pemakaiaan hanya kasut dan stoking hitam bilangan 10 tahun 2018 adalah terbatal.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon