Tuesday, 22 December 2020

Program Transisi Tahun Satu 2021 perlu diadakan selama 43 hari - KPM

PUTRAJAYA - Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM memaklumkan dalam satu taklimat pelaksanaan kurikulum 2021 untuk semua sekolah, program transisi murid Tahun Satu pada tahun 2021 akan diadakan selama 43 hari serentak seluruh Malaysia.



Program transisi Tahun Satu merupakan salah satu agenda di dalam taklimat tersebut selepas pembentangan dokumen penjajaran 2.0 dibentangkan.


"Program transisi Tahun Satu ini bukan sesuatu yang baharu, pada tahun 2001 hingga 2006, ianya telah diadakan selama 3 bulan, 2007 hingga 2020 dilaksanakan selama 3 minggu. Bermula tahun 2021, program ini akan dilaksanakan selama 43 hari," jelas Dr Latip.


Dalam taklimat tersebut, dibentangkan juga beberapa fasa pelaksanaan program transisi sebagai panduan pengurusan sekolah untuk merancang apabila sekolah dibuka kelak. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) akan dilaksanakan pada fasa yang ketiga, fasa kesediaan.


Berikut dikongsikan beberapa slide yang telah dibentangkan berkaitan program transisi Tahun Satu 2021.

We Share because We Care

13 comments:

  1. Saya dari institusi Swasta. Dimanakah saya boleh mendapatkan modul transisi tahun 1 2021? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Modul belum diupdate oleh Kpm

      Delete
    2. Ada yang personal

      https://anyflip.com/rzdsh/lwzc/

      Delete
  2. Wajibkah menggunakan modul transisi dari KPM atau boleh mana-mana yang sesuai.

    ReplyDelete
  3. Bilakah tarikh sebenar kami boleh dapat modul transisi dari KPM

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera. Susah hati hendak buat last minute. Harap Modul PdP transisi yang disediakan oleh KPM ada untuk dikongsi. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Salam. Hari buat site BPK tp sedih belum ada lagi Kit Program tersebut utk kita muat turun

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum...mana bahagian muat turun kit transisi tersebut

    ReplyDelete
  7. selamat sejahtera. bila boleh dapat modul transisi?

    ReplyDelete
  8. Borang Pentaksiran bilik darjah kena berdasarkan apa ya? Ada format tak?

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon