Thursday, 17 December 2020

Surat Siaran Peringatan Pelaksanaan Tugas Guru Dalam Cuti Sekolah

Cuti sekolah semakin hampir. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk semua warga pendidik menikmati cuti yang ditunggu-tunggu.


Tahun ini agak menarik sedikit cutinya. Dengan serangan wabak COVID-19, cuti terpaksa ditarik ke depan ke belakang.


Ketika cuti sekolah pertengahan tahun yang lalu, Perintah Kawalan Pergerakan pula dikenakan akibat wabak bahaya yang melanda dunia. Maka terkontang-kanting jugalah guru yang menunggu cuti untuk pulang ke kampung, berjumpa yang tersayang dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain.


Sengaja kami paparkan semula Surat Siaran KPM Bilangan 11/2017 yang bertajuk PERINGATAN PELAKSANAAN TUGAS GURU DALAM CUTI SEKOLAH yang dikeluarkan ketika menterinya pada ketika itu Dato Seri Mahdzir Khalid yang telah menegur pentadbir-pentadbir sekolah yang menyusun atur tugas guru ketika dalam cuti sekolah:


Dan selepas teguran itu, KPM terus mengeluarkan surat di atas bagi memastikan perkara-perkara sedimikan tidak lagi berlaku.

Oleh yang demikian, pada tahun ini, besarlah harapan guru-guru untuk peringatan daripada KPM ini dapat dipatuhi sepenuhnya.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon