Friday, 18 December 2020

Tun Rahah meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Tun Rahah Mohamad Noah yang juga balu kepada bekas Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, meninggal dunia petang ini.


Ibu kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, itu meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Prince Court di sini.


Kematian Tun Rahah, 87, dikongsikan Najib menerusi akuan media sosial, Facebook dan Twitter peribadinya.


"Innalillahwainnailaihirojiun...Bonda saya sudah tiada.


"Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini," ungkapnya menerusi status yang dimuat naik.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon