Thursday, 14 January 2021

Guru sekolah mahu ‘pengetua mental’ ditukar

Sumber: Facebook

KUALA LUMPUR - Sekeping foto kain rentang yang agak kontroversi telah tular di beberapa kumpulan-kumpulan Facebook yang majoritinya guru.


Kain rentang tersebut tertulis permintaan guru-guru sebuah sekolah menengah di Sri Petaling yang memohon Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) kawasan tersebut untuk mengambil tindakan terhadap Pengetua tersebut.


“Kami guru-guru SMK XXXX memohon pihak kem, jpwkl, ppd Pudu Bangsar memindahkan segera Puan XXX (Pengetua Mental) dari sekolah ini demi mengembalikan kejayaan & kecemerlangan sekolah,” katanya.


Kain rentang tersebut digantung di susur gajah di tepi jalan dipercayai dihadapan sekolah tersebut.


Hingga kini masih tiada kenyataan rasmi daripada PPD, JPN mahupun KPM mengenai perkara itu..


Sebelum ini pernah berlaku perkara yang hampir sama kepada seorang Penolong Kanan di sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan berpunca daripada salah faham.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon