Tuesday, 5 January 2021

NUTP bantah saranan DAP Sarawak batalkan SPM 2020

5 Januari - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) hari ini membantah saranan DAP Sarawak untuk membatalkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020.


Kesatuan itu telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar berikutan cadangan Encik Chong Chieng Jan, Pengerusi DAP Sarawak pada 4 Januari 2021 yang menyarankan agar peperiksaan yang ditunda dan dijangka diadakan pada Februari tahun ini dibatalkan berikutan situasi pandemik Covid-19 yang semakin memuncak.


"SPM adalah peperiksaan awam dan sumatif yang paling penting. Sebarang keputusan untuk memindanya tidak boleh dibuat dalam keadaan tergesa-gesa kerana ini merupakan titik permulaan kepada penentu kerjaya masa hadapan seseorang pelajar.


"Sijil SPM merupakan setaraf dengan Sijil Umum Pendidikan Menengah (GCSE) di England, Wales dan Ireland Utara di mana seramai 4/5 penduduk di Scotland dan memilik General Certificate of Education : Ordinary Level (GCE: O Level) tahap biasa di Negara Komanwel yang merupakan syarat utama untuk menyambung pelajaran di universiti atau institusi pengajian tinggi," katanya.


NUTP memaklumkan juga, peperiksaan SPM merupakan peperiksaan terakhir yang akan diduduki oleh pelajar sekolah menengah sebelum memasuki tingkatan enam atau pendidikan teknik.


"Standard SPM perlu dikekalkan agar sistem pendidikan kita benar-benar bertaraf dunia dan tidak akan dipertikaikan," katanya lagi.


NUTP berkata, mereka yakin dengan kemampuan dan kepakaran yang KPM miliki untuk memastikan pelaksanaan SPM 2020 berjaya dilaksanakan.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon