Tuesday, 12 January 2021

Operasi Institusi Pendidikan Tertakluk Kepada Kawasan PKP, PKPB & PKPP - KPM

𝐊𝐏𝐌 - 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐊𝐏, 𝐏𝐊𝐏𝐁 & 𝐏𝐊𝐏𝐏 


Sesi persekolahan secara bersemuka bagi institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya melibatkan murid yang menduduki peperiksaan utama tahun 2020 dan 2021 serta peperiksaan antarabangsa yang setara. 


𝐏𝐞𝐩𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐒𝐏𝐌), 𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐕𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐒𝐕𝐌), 𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐒𝐊𝐌), 𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐒𝐓𝐏𝐌), 𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐒𝐓𝐀𝐌) 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 𝐕𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐃𝐕𝐌). 


Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula, pengoperasian institusi pendidikan dan semua kategori Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM termasuk sekolah antarabangsa adalah berdasarkan takwim institusi masing-masing. 


KPM memaklumkan murid sekolah berasrama penuh dan asrama sekolah harian di kawasan PKP yang akan menduduki peperiksaan tersebut dibenarkan pulang ke asrama mulai 16 Januari 2021 dan surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan murid merentas negeri atau daerah untuk pulang ke asrama. 


Selain itu, semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah menengah di kawasan PKP akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021. 


Ketetapan ini juga terpakai kepada murid Semester 2 SVM dan Semester 2 DVM tahun 2020 di Kolej Vokasional. Bagi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ke Tingkatan 1, calon berdaftar yang masih belum menduduki pentaksiran itu akan mengikuti pentaksiran antara 20 hingga 29 Januari 2021. 


Bagi kemasukan ke Tingkatan 4 pula, pentaksiran akan diadakan pada 15 hingga 25 Februari 2021, selain surat kebenaran khas akan dikeluarkan KPM bagi membolehkan calon merentas negeri atau daerah untuk hadir ke pusat pentaksiran yang ditetapkan. 


Dalam pada itu, bagi tujuan pengoperasian sekolah, semua guru hendaklah kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari 2021. 


𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐩𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚 𝐒𝐏𝐌/𝐒𝐕𝐌/𝐒𝐊𝐌/𝐒𝐓𝐏𝐌/𝐒𝐓𝐀𝐌/𝐃𝐕𝐌 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟎 𝐝𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐝𝐢 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐊𝐏 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫 𝐤𝐞 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 (𝐏𝐝𝐏) 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐦𝐮𝐤𝐚. 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐡𝐚𝐬 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐠𝐮𝐫𝐮 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫 𝐤𝐞 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡. 


Selain itu, pelajar Kolej Matrikulasi di kawasan PKP yang berada di kolej perlu kekal di kolej masing-masing untuk mengikuti pembelajaran secara hibrid, manakala pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) di kawasan PKP, pengajaran dan pembelajaran bagi semua program pengajian akan dilaksana secara dalam talian mulai 17 Januari 2021. 


KPM menyatakan semua tadika swasta yang berdaftar dengan KPM boleh terus beroperasi secara bersemuka. 


Kementerian Pendidikan Malaysia 


Sumber : Bernama


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon