Monday, 4 January 2021

Portal Sophia.my kelolaan Dr. Maszlee “cedok” bahan tanpa kebenaran?

4 Januari: Beberapa pemilik video Youtube pendidikan dilaporkan memuatnaik status ketidakpuasan hati di laman sosial masing-masing berikut video mereka telah diambil tanpa kebenaran oleh pentadbir portal Sophia.my.


Portal Sophia.my dibangunkan oleh sepasukan tenaga pengajar di bawah kelolalan bekas menteri pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik.


Portal ini mengumpulkan video-video PdPc yang sebelum ini dihasilkan oleh guru-guru seluruh Malaysia di bawah beberapa kumpulan seperti Cikgootube, Akademi Youtuber dan orang perseorangan.


“Kami telah mendapat laporan daripada beberapa ahli kumpulan yang mendakwa video mereka telah dibenamkan di portal tersebut tanpa kebenaran dan pengetahuan pemilik asal,” kata laporan daripada salah satu kumpulan berkenaan.


Kumpulan tersebut juga dimaklumkan sedang dalam proses perundangan bagi  memastikan semua video milik mereka dikeluarkan portal berkenaan.


“Ianya adalah satu tindakan yang tidak beretika dalam konsep pembinaan kandungan digital yang perlu mengutamakan keaslian dan kejujuran,” kata mereka lagi.


Sophia.my telah diperkenalkan oleh ahli Parlimen Simpang Ranggam pada 2 Januari 2021 dan didakwa mengandungi lebih 13,000 pengisian pendidikan untuk manfaat semua pihak terutama murid, guru, ibu bapa serta seluruh rakyat Malaysia.





We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon