Sunday, 31 January 2021

Tip Untuk Guru Baru 'Posting'


Ok, di sini kami nak share tip untuk guru-guru yang baharu posting. Selalu kita dah baca tip-tip dari guru senior, guru pencen, mengapa tidak kita cuba lihat pandangan guru yang telah berkhidmat dalam suasana yang pandemik yang penuh cabaran. Mungkin ada sedikit kelainan.


Tip yang kami kongsikan ini kami petik terus daripada Facebook seorang guru, Soffea Rahim, seorang guru Bahasa Inggeris. Beliau merupakan seorang guru yang suka berkongsi bukan sahaja idea, malah penghasilan-penghasilan kreatif bagi tujuan pembelajaran di sekolah.

Jom ikuti apa yang beliau sarankan kepada guru-guru yang baru posting ini.


**********************

Tips pada guru baru posting : 

  • Jangan tolak kerja sebab tak reti. Takde manusia terus-terus pandai; they all started somewhere. 
  • Prestasi tahun pertama lazimnya akan menentukan jobskop pada tahun-tahun berikutnya. Try to do well. Kalau tahun pertama dah buat perangai ngelat tahun 2 3 4 5 dan seterusnya orang pangkah siap-siap. You'd think this is a relief but feeling useful is gonna be a factor that would help you stay in this profession. The feeling that you matter. 
  • Buat masters setelah tahu purpose, bukan pressured to do it because your peers are doing it. 
  • Pilih kawan tempat kerja dari kalangan mereka yang memang cintakan bidang perguruan. Bukan yang serupa terpaksa. 
  • Pentadbir kita takkan mampu sempurna. Akan ada keputusan dia yang kita tak suka. Jangan emo sangat sampai maki maki. Dan jangan kawan dengan orang yang maki pentadbir. Kutuk faham lagi. Maki, berbahasa kesat..no no. Kita pon tak elok mana. 
  • Rajinkan diri pergi konvensyen inovasi. Bukan sebab sijil, tapi sebab crowd. Crowd cikgu inovasi sangat positif. Eventhough they have been through a lot. Plus benefits dia banyak. 
  • Jangan berkira. Jangan perati kan sangat siapa punch balik awal, siapa yang kena overnight kat kem, siapa dapat 4,5 jawatan berat. Dilayankan sangat nanti jadi bitter. Kalau rasa too much, suarakan je elok-elok. 
  • Kalau bujang, its okay to receive more work than married colleagues. (not MUCH more, just more). Ye bujang pon ada life. Tapi jangan la ulang alasan tu untuk rejek every single thing. Some of my workload are the same as my married colleagues, and I totally see how its a bigger struggle for them than it is for me (due to their added responsibilities) 
  • Celik IT is a gift. All schools need them and will appreciate them. You're young. Otak macam span baru lagi. Make an effort to be good at it. 
  • We can curse at KPM for whatever burdensome thing they throw at us, but still see the matter from a solution-oriented mindset. "Okay this sucks...how do I make it suck less?" 
  • Reading makes you a better teacher.

Kredit: Soffea Rahim

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon