Monday, 22 February 2021

Pelakon Zul Yahya henti hantar anak ke sekolah, tolak vaksin

Imej via Soya Lemon


Sebelum ini pernah tular kes suami selebriti, Ina Naim iaitu Suhaimi Saad yang merupakan seorang penolak vaksin tegar dan tidak menghantar anak mereka ke sekolah demi mengejar hal agama.


Kini pelakon veteran tanah air, Zul Yahya pula tampil dengan pendapatnya sendiri apabila mengatakan wabak berbahaya COVID-19 ini adalah kononnya konspirasi yahudi untuk mengawal pergerakan umat Islam. Malah, posting Zul Yahya dengan mengatakan “Dajjal besar on the way” juga sungguh mengelirukan ramai.



Dalam pada masa yang sama juga, dia mengakui sebagai ibu bapa, dia terpaksa menghentikan anak-anaknya ke sekolah kerana ingin memberi penekanan lebih kepada ilmu akhirat. 


“Bukan kami tidak ambil berat tentang masa depan mereka tapi kami nak anak kami lebih berjaya. Ilmu akhirat itu lebih penting dari segala-gala ilmu,” tulisnya tanpa menyembunyikan pendangannya.



Menjengah ruangan komen, rata-rata menolak pendapatnya tentang memberhentikan anaknya ke sekolah. Ramai mengatakan, ilmu dunia dan akhirat seharusnya bergerak seiring.


Malah, ada juga yang mengetengahkan para ilmuan Islam yang terdahulu seperti Ibu Khaldund an Ibnu Sina menuntut ilmu dunia untuk disebarkan kepada generasi akan datang.



Sumber: Kool FM


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon