Friday, 26 February 2021

Video guru kongsi 'soalan bocor' SPM tular di media sosial

Tangkap layar klip video yang memaparkan
seorang guru lelaki sedang memberi penerangan
kepada pelajarnya mengenai 'soalan bocor'
SPM bagi kertas 2 Sejarah.


PETALING JAYA – Perbuatan seorang lelaki dipercayai guru di sebuah sekolah menengah yang didakwa menyebarkan ‘soalan bocor’ berkaitan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada pelajarnya tular di laman Twitter semalam.


Menerusi perkongsian di laman Twitter @FarezJobba klip video berdurasi 26 saat itu memaparkan seorang guru sedang memberi penerangan kepada sekumpulan pelajar di dalam mengenai soalan yang bakal keluar dalam peperiksaan kertas 2 Sejarah.


Bagaimanapun, tarikh klip video itu dirakam dan lokasi sekolah berkenaan tidak didedahkan.


Dipercayai rakaman tersebut dirakam oleh salah seorang pelajar yang berada di dalam kelas terbabit ketika kejadian sebelum rakaman itu tersebar di media sosial.


Dalam video klip berkenaan, guru lelaki mendedahkan kepada pelajarnya beberapa tajuk dan topik yang akan keluar dalam peperiksaan kertas 2 Sejarah.


“Soalan nombor dua berkaitan ‘Srivijaya’ dan Kedah Tua’, soalan nombor tiga ‘Penentangan Datuk Maharajalela di Perak dan soalan nombor empat ‘Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu,” ujar guru berkenaan menerusi video yang tular di Twitter semalam.


Sehingga pukul 1 tengah hari tadi klip video tersebut telah ditonton lebih 69,000 kali.-K! ONLINE


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon