Monday, 1 March 2021

Penolong Kanan Pentadbiran sambut murid dengan petikan gitar dan lagu


Seorang Penolong Kanan Pentadbiran yang berbakat dalam bidang seni muzik, Puan Mahani Abdul Manan dari SK Nyiur 7, telah mengambil pendekatan yang sangat kreatif ketika menyambut murid-muridnya tiba dipintu pagar sekolah awal pagi ini.


Berbekalkan sebuah gitar, beliau mengalunkan sebuah lagu dan yang mendoakan agar virus Corona ini dijauhkan daripada terus bermaharajalela di muka bumi ini.


“Kami tiada mampu nak tempah maskot, tapi kami ada lagi untuk sambut murid,” katanya dalam satu posting di akaun Facebooknya.


Hari ini menyaksikan semua murid prasekolah hingga tahun 2 kembali ke sekolah setelah hampir tiga bulan berada di rumah akibat pandemik.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon