Monday, 8 March 2021

Ibu bapa lebih selesa sediakan anak dengan seragam lengkap sekolah

Shah Alam: Disebalik kelonggaran diberikan Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung pemakaian murid pada sesi persekolahan secara bersemuka 2021, kebanyakan ibu bapa dilihat tetap memilih seragam untuk anak mereka.


Akhbar Berita Harian melaporkan pada hari pertama murid Tahun 1 dan Tahun 2 menjejakkan kaki ke sekolah Isnin lalu mendapati, majoriti mereka hadir berbaju putih dan biru gelap, walaupun KPM memberi kebenaran untuk memakai pakaian biasa sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan 26 Mac depan.


Ibu bapa yang ditemui akhbar tersebut memaklumkan pilihan untuk mengenakan seragam sekolah adalah kerana sudah membeli dan menyediakannya sejak awal.


Beberapa ibu bapa yang ditemui mengatakan persediaan untuk ke sekolah selalunya dibuat lebih awal untuk kemudahan pada masa hadapan.


Ibu bapa juga memaklumkan mereka tidak terlalu bimbang dengan norma baharu pemakaian topeng ke sekolah kerana anak-anak tersebut sudah terbiasa apabila keluar dari rumah.


Mereka cuma lontarkan sedikit kebimbangan ketika waktu rehat dan berharap pihak sekolah dapat memantau murid dengan lebih baik.





We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon