Tuesday, 2 March 2021

Kerajaan benar pergerakan rentas daerah kecuali Sabah


PUTRAJAYA: Kerajaan membenarkan pergerakan rentas daerah di semua negeri kecuali Sabah bermula 5 Mac ini selepas tiada lagi negeri berstatus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk menukarkan status empat negeri yang dikenakan PKP kepada PKP Bersyarat (PKPB) iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.


Beliau menjelaskan, empat negeri iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perak pula kekal PKPB.


Bagaimanapun katanya, enam negeri lain iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan yang sebelum ini dalam status PKPB kini bertukar PKP Pemulihan (PKPP) sama seperti Perlis.


“Pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.


“Bagi negeri Sabah yang tidak dibenarkan rentas daerah, ia adalah tertakluk kepada permohonan Kerajaan Negeri Sabah agar sekatan daerah masih dilaksanakan untuk tempoh dua minggu lagi,” katanya


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon