Sunday, 7 March 2021

SOP KPM tidak benar orang awam masuk kawasan sekolah

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan orang luar atau awam tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah.


Melalui satu hantaran di Telegram, kementerian menegaskan semua pihak khususnya Pengetua Guru Besar (PGB), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) perlu jelas dan tidak membenarkan orang awam memasukan kawasan sekolah.


"Ini adalah sebahagian langkah pencegahan dalam mengawal keselamatan dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah,


"Semua aktiviti lain yang melibatkan kehadiran pihak luar tidak dibenarkan dalam situasi sekolah baru dibuka secara berperingkat kecuali urusan pengoperasian sekolah oleh Bahagian KPM, JPN dan PPD serta program iminusasi murid oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.


Murid Tahun 3 hingga 6 akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka bermula 8 Mac, Isnin ini.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon