Monday, 1 March 2021

(Video) Transformers 'gegar' pagi di sekolah

KUALA LUMPUR: Sesi Persekolahan bagi tahun 2021 bermula hari ini bagi murid pra-sekolah, Tahun Satu dan Dua di seluruh negara. Persekolahan kelaziman baharu ini menyaksikan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dijalankan dari pintu pagar sekolah sehinggalah sesi pengajaran dan pembelajaran. 


Di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3, Kota Bahru, Kelantan pula menyaksikan guru-guru mengambil inisiatif dengan menampilkan dua robot Transformers, Optimus Prime dan Bumblebee bagi memberi keceriaan buat murid melangkah masuk ke sekolah. 


Video berdurasi 18 saat dikongsi menerusi ciapan twitter M.K Izzuddin itu tular di laman sosial menunjukkan kedua-dua robot terbabit menyambut ketibaan murid ke sekolah. 


Sudah tentu inisiatif guru-guru ini perlu diberi pujian, meskipun pandemik COVID-19 masih melanda negara, namun semangat setiap guru untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka tidak pernah luntur. 


Syabas dan tahniah kepada guru serta petugas sekolah di seluruh negara!


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon