Saturday, 10 April 2021

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM PISMP Ambilan Jun 2021 Dibuka


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018, 2019 dan 2020 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).


A. LALUAN PERDANA


1. KETERANGAN PROGRAM

  • Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. 
  • Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 
  • Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 
  • PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Sepenuh Masa.

2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah dan
    • Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan. (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online) LAMPIRAN A

Untuk maklumat lanjut layari pautan https://pismp.moe.gov.my/iklan_permohonan.cfm 
Untuk maklumat lanjut layari pautan https://pismp.moe.gov.my/iklan_permohonan.cfm

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon