Sunday, 30 May 2021

Mufti Perak, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Harussani meninggal dunia

PETALING JAYA: Mufti Perak, Harussani Zakaria meninggal dunia hari ini. Perkara itu dimaklumkan Facebook rasmi Jabatan Mufti Perak. 


Harussani dan isterinya disahkan positif Covid-19 sejak sebelum Aidilfitri. Beliau kemudiannya dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun. 


Pada 24 Mei lalu, anaknya, Ahmad Wafi Harussani dipetik Sinar Harian memaklumkan bapanya masih dirawat di ICU dan ibunya, Ainon Abdul Ghani sudah dibenarkan keluar dari hospital. 


Harussani, 82, dilantik sebagai Mufti Perak mulai 1985 sehingga kini. Beliau turut memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri dan kerajaan pusat. Ia termasuk pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-bahan Terbitan Berunsur Islam, timbalan pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks al-Quran, ahli Majlis Fatwa Kebangsaan serta pengerusi Jawatankuasa Syariah Perak. 


Sementara itu, Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Sungai Rapat di Ipoh.


Sumber: FB Jabatan Mufti Negeri Perak

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon