Monday, 17 May 2021

PdPR: Murid ‘gurau’ guna logo Israel ketika Google Meet dengan cikgu


PETALING JAYA – Tangkap layar sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang berlangsung melalui aplikasi Google Meet menunjukkan tanda digodam ejen perisik Israel seorang guru tular di media sosial hari ini.


Begitupun, guru tersebut, Hairere Shuaib dari sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak mengesahkan, ia hanya gurauan daripada anak muridnya sendiri.


Guru Matematik tingkatan 5 berkata, perkara tersebut di luar jangkaan beliau dan berharap orang ramai tidak mengeluarkan kata-kata kecaman kepada murid tersebut yang sudahpun mengakui kesilapan dirinya.


“Mohon maaf jika ada yang dah tular atau sebarkan pada pihak lain. Memang ramai yang prihatin untuk sebarkan perkara ni. Tujuan saya ‘post’ untuk kita, khasnya rakan-rakan guru mengambil langkah berjaga-jaga.


“Memang di luar jangkaan saya, anak murid bergurau ke tahap begini dan tak sangka, saya sendiri yang terkena. Kadang-kadang pemikiran remaja sekarang berada di luar jangkaan kita. Mohon maaf sekali lagi,” kata guru tersebut ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Hari ini merupakan hari pertama pelaksanaan semula PdPR selepas cuti sempena Hari Raya Aidilfitri seperti yang diumumkan Kementerian Pendidikan baru-baru ini bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 di semua sekolah seluruh negara.


Sumber – K! ONLINE


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon