Tuesday, 1 June 2021

Elaun Keraian Penjawat Awam akan dipotong sebagai tanda solidariti - KSN

PUTRAJAYA - Imbuhan Tetap Keraian (ITK) penjawat awam seluruh Malaysia kecuali frontliners akan dipotong mengikut peratusan yang ditetapkan mengikut gred masing-masing selama tiga bulan kata Ketua Setiausahan Negata (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali melalui satu kenyataan media yang dimuat naik melalui laman Facebook rasmi beliau.


"Sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dalam hal ini, sebahagian ITK bagi pengurusan tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56, serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 41 yang dinikmati oleh penjawat pada masa ini akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.


"Sumbangan dari lebih 800,000 penjawat awam (tidak termasuk frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28) adalah dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta," katanya.


Kenyataan media tersebut turut menyertakan jadual penetapan sumbangan berdasarkan gred perkhidmatan seperti berikut.

Sumber: Kenyataan Media KSN

Menurut beliau lagi, satu surat edaran dan perincian pelaksanaan ini akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat.


Beliau turut berkata, sumbangan ini adalah tanda kebersamaan para penjawat awam dalam menyokong usaha Kerajaan bagi memerangi dan melandaikan keluk jangkita pandemik COVID-19 di Malaysia.



We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon