Sunday, 27 June 2021

Murid Ikuti PdPR Ditepi Jalan Dapat Perhatian SKMM

Beberapa hari lalu, tular tentang kisah seorang pelajar yang terpaksa mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di tepi jalan berhampiran rumahnya. 


Masalah capaian Internet lemah itu berlaku di Kg. Muhibbah, Penawar, Kota Tinggi. Prihatin dengan nasib pelajar itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Johor bersama-sama dengan wakil penyedia perkhidmatan telah turun padang melawat lokasi tersebut dan turut bertemu dengan ibu kepada pelajar tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar masalah capaian Internet yang dihadapi mereka. 



Hasil ujian liputan di kawasan itu didapati, liputan Internet adalah lemah memandangkan rumah yang didiami pelajar berkenaan dikelilingi oleh pokok kelapa sawit. 


Sehubungan itu, SKMM memaklumkan mereka telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan untuk mengubah pancaran liputan daripada menara terdekat yang terletak 1.1 kilometer jauhnya ke rumah pengadu dan tindakan tersebut telah pun diambil. 


Hasil respon pantas itu, capaian Internet di rumah pelajar tersebut berjaya dipulihkan dan kini telah dapat menerima panggilan telefon serta mendapat liputan 4G melalui komputer ribanya. 


Sumber: SKMM


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon