Monday, 7 June 2021

Tangguh semua program tidak berkaitan, tumpu PdPR - NUTP

Kuala Lumpur - Kesatuan Perkhidmatan Peguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) mahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan semua program-program tidak berkaitan dan menumpukan sepenuhnya kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


Perkara tersebut disampaikan melalui satu kenyataan media hari ini.


"Perintah Kawalan Pegerakan 3.0 (PKP) yang dilaksanakan mulai 1 Jun 2021 telah memberi kesan kepada pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan.


"Ibu bapa, guru dan murid telah bersedia menghadapi PKP kali ini kerana mereka telah mempunyai pengalam dalam melaksanakan PdPR sebelum ini," katanya.


Kesatuan tersebut berkata pelaksanaan PdPR perlu terus diperkukuhkan dengan menambahbaik kaedah PdPc yang lebih berkesan.


"NUTP mengalu-alukan pelaksanaan program-program yang telah disusun atur, namun NUTP berpandangan bahawa fokus utama pendidikan pada ketika negara masih bertungkus-lumus membendung penularan COVID-19 ini adalah dengan memperkukuhkan lagi pelaksanaan PdPR dengan membuat perancangan yang lebih berstruktur dan tersusun," tambahnya lagi.


Kesatuan itu turut menambah, pihak KPM perlu menilai semula pelaksanaan program-program yang mana ianya akan menambah beban serta menganggu tumpuan guru semasa melaksanakan PdPR.


"Antara contoh program-program tersebut Program Transformasi Sekolah (TS25), Penarafan Sekolah KBAT, Perancangan Strategik Organisasi (PSO) KBAT, Kurikulum STEM, Dialog Prestasi, SKPMg2 dan PBPPP.


"Pendidik perlu memberi tumpuan penuh kepada PdPR kerana murid-murid dilihat masih belum mendapat pendidikan yang sempurna sejak 2 tahun kebelakangan ini akibat pandemik COVID-19," jelasnya lagi.


Menurut kenyataan tersebut lagi, kejayaan pelaksanaan PdPR adalah sangat penting pada ketika ini agar tiada murid yang akan tercicit atau ketinggalan dalam pendidikan terutamanya bagi murid-murid yang berada di kawasan pendalaman, dari keluarga yang kurang berkemampuan dan sebagainya.


"Penerimaan dan keberkesanan PdPR terhadap murid-murid hendaklah dijadikan perkara yang paling utama dalam pendidikan pada masa ini," katanya.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon