Saturday, 5 June 2021

Ustazah dipaksa merangkak dalam kelas tuntut saman RM5 juta

5 Jun - Adakah anda masih ingat sebuah video tular seorang ustazah sekolah agama rakyat yang dipaksa merangkak oleh seorang penjaga muridnya?


Ustazah yang diaibkan tersebut pada hari ini telah memaklumkan melalui adiknya, telah mengemukakan satu tuntutan saman terhadap mereka yang terlibat sebanyak RM5 juta.


"Untuk pengetahuan, kakak saya sudah mengambil tindakan undang-undang di mana kes tuntutan saman terhadap Ajaktin (RM3 juta), Angah Fira (RM1 juta) dan Mia Mirul (RM1 juta) di Mahkamah Tinggi Malaysa Ipoh. Peguam yang mengendalikan kes ini ialah Tetuan Azira, Zainah Zainal & Associates," katanya.


Tambahnya lagi, pada 1 Jun 2021 yang lalu, e-review telah diadakan di mahkamah, namun ketiga-tiga responded tersebut tidak hadir dengan alasan tidak mendapat sebarang surat daripada pihak peguam walaupun terdapat bukti penghantarn.


"Tujuan saya memaklumkan perkara ini kepada umum adalah untuk membuat hebahan supaya ianya tular dan sampai kepada responden dan tidak menjadi alasan untuk mereka tidak mengetahui berkenaan kes tuntutan saman ini,"jelasnya lagi.


Adiknya menegaskan, tindakan beliau itu adalah bertujuan untuk membukan mata masyarakan supaya tidak sewenang-wenangnya mengaibkan guru atau sesiapa sahaja di dalam dunia dan menjadi pengajaran kepada pihak yang terlibat.


Beliau juga memaklumkan kakaknya itu kini mengalami depresi dan gangguan emosi setelah video tersebut tular pada tahun lepas.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon