Sunday, 4 July 2021

KPM bayar penuh kepada kontraktor pembersihan sekolah (KBK)


PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memaklumkan, pembayaran kepada kontraktor perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) dibuat sepenuhnya sebagaimana yang dinyatakan dalam kontrak.


Perkara tersebut dimaklumkan oleh menterinya, Dr Radzi Jidin dalam satu kenyataan media hari ini.


“KPM prihatin dengan kesukaran yang dihadapi oleh penyedia perkhidmatan, khususnya kontraktor perkhidmatan KBK dan perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak (BMB) di institusi bawah KPM yang terjejas berikutan penutupan institutsi tersebut kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


“Bagi perkhidmatan KBK, pembayaran kepada kontraktor akan dibuat sepenuhnya sebagaimana yang dinyatakan dalam kontrak. Oleh itu, tidak timbul isu kontraktor perlu memotong gaji pekerja KBK,” jelas beliau.


Menurut beliau lagi, bagi perkhidmatan BMB pula, KPM akan melanjutkan kontrak perkhidmatan kepada kontraktor terlibat dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan yang terjejas ekoran pelaksanaan PKP.


“KPM juga memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha kantin serta penyewa premis/ruang (kedai buku / koperasi sekolah / kedai dobi / vending machine) yang terjejas akibat penutupan sekolah bawah KPM.


“Dalam hal ini, KPM telah membuat ketetapan untuk memberi pengecualian sewaan kantin dan premis / ruang tersebut bagi tempoh 6 bulan mulai Julai 2021 sehingga Disember 2021,” katanya lagi.


Katanya lagi, KPM juga akan memberi penyambungan kontrak sewaan kantin dan premis/ruang (kedai buku / koperasi sekolah / kedai dobi / vending machine) di sekolah bawah KPM secara automatik untuk tempoh satu tahun apabila tempoh kontrak asal tamat.

“KPM yakin inisiatif ini dapat membantu meringankan beban kewangan penyelia perkhidmatan di institusi bawah KPM serta pekerja terlibat yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon