Sunday, 5 September 2021

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Sebagai Guru Besar Ex-PPPLD 2021

Merujuk kepada surat siaran daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia rujukan KPM.BPSM.S.500-4/7/125 JILID 3 (1) bertarikh 27.08.2021 mengenai perkara di atas.


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Besar Ex-PPPLD Gred DG41/42 ke Gred DG44 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2021.


Semua calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat pemangkuan hendaklah membuat permohonan secara dalam talian melalui Sistem ePangkat di https://epangkat.moe.gov.my mulai 07.09.2021 (Selasa). Permohonan yang dikemukakan ke BPSM secara luar talian tidak akan dipertimbangkan. 


Tarikh tutup permohonan adalah pada 03.10.2021 (Ahad). Calon-calon dan Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua maklumat permohonan adalah lengkap, betul dan teratur. Permohonan yang tidak lengkap, mengandungi maklumat yang tidak tepat atau tidak diperaku oleh Ketua Jabatan tidak akan diproses.


Selain itu, Guru Besar yang telah diperakukan kenaikan pangkat ke Gred DG44 (KUP) secara Time-Based Ex-PPPLD pada Tahun 2021 dan sebelumnya adalah TIDAK DIBENARKAN untuk memohon urusan ini memandangkan tarikh kenaikan pangkat pegawai secara TBBK Ex-PPPLD adalah lebih awal. Oleh itu, Ketua Jabatan hendaklah memperakukan pegawai-pegawai ini untuk urusan kenaikan pangkat secara TBBK Ex-PPPLD menerusi iklan yang telah/ akan dibuka tertakluk kepada syarat-syarat yang melayakkan.


Untuk maklumat lanjut, Surat Siaran dan Manual Permohonan boleh dimuat turun seperti berikut:


i) pdfSurat Siaran Permohonan (3.09 MB)


ii) pdfManual Permohonan (785 KB)


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon